Sahabat Blogger

Tuesday, February 21, 2017

CITA RASA SENDIRI : Biskut Ciss!

Assalamualaikum.. kabaree sahabat blogger :)

Sebelum tu nak tanya la siapa yang tak pernah rasa atau tahu apa itu biskut ciss?!
jawapan jangan lupe komen ye kalau terbaca entry ni. hee

.

Hari ahad yang lepas biasala aktiviti hujung minggu tak makan tidur, makan lagi tidur lagi. haha sah anak dara pemalas ! nauzubillahh

.

Actually, banyak kali dah cuba n try buat resepi biskut cis ni. Alhamdulila selalunya rasa tak pernah menghampakan, yelah kata orang nak sedap buat penuh dengan kasih sayang. Bagi yang dah cuba dan dah banyak kali buat tu aku nak ucap syabas dan tahniah sebab berani mencuba. Kali ni tak nak story panjang2 cuma nak share cara aku buat je dan orang lain pun boleh cuba dan share juga cara korang buat. Mungkin ada penambahan pada resepi biskut cis ni. Oke buatnya tak susah dan tak mudah juga tapi kesabaran tu perlula ada. huhu

.

Gambar kidnap:)

Bahan-bahan biskut ciss:

- biskut cream crackers (aku tukar biskut jagung)
- susu tin
- susu dutch lady fullcream
- cream cheese tatura

Cara-cara buat:

- step1: blenderkan cream cheese dan susu tin. pastikan tiada ketul2 cream cheese dan smooth gitu
- step 2: ambil bekas, tuangkan susu dutch lady full cream mengikut aggaran.
- step 3:kemudian, rendam biskut ke dalam susu di dalam magkuk tadi, balik2 kan dia. jangan sampai jadi lembik sangat ye.
- step 4: ambil bekas baru, susun biskut yang sudah direndam tadi ke dalam bekas tersebut
- step 5: tuangkan cream cheese yang sudah diblenderkan tadi ke atas biskut sedikit demi sedikit mnggunakan sudu teh, 
- kemudian, buat lapisan yang sama dengan mengulang step 4 dan 5 dalam bekas yang sama taw!  

.

Bahan2 asas sangat simple dan mudah didapati jangan risau cuma rajin dan tak rajin je nak buat. hihi. Cara aku pula tiada beza, cuma aku tukarkan biskut cream cracker tu dengan biskut jagung supaya rasa dia lagi sedap!. dan lagi satu kalau nak biskut tu lagi awesome lebihkan lelehan cream cheese yang dah diblenderkan tu kat lapisan paling atas sekali dan taburkan nestum atau cheesedale yang diparut!. Lagi lagi bertambah seronok la nak makan ala-ala macam orang buat ciskek leleh tu. huhu.. nyum nyum..





OK, Dah siap!
Lastly, boleh frozenkan dalam peti ais:)


Macam biasala aku kalau buat sesuatu lepastu dapat sambutan dari keluarga dan dorang akan repeat repeat repeat banyak kali suruh buat lagi dan lagi. Kali ni aku buat untuk ibu tersayang, mengidam katanya ! hmm oke layan kan ajerr . hehe





Tadaaa!!
oke siap untuk dimakan
jemput^_-






Tuesday, February 7, 2017

PENGALAMAN TEMUDUGA MASTER UiTM

Assalamualaikum.. sahabat2 blogger :)

Harini nak update mengenai entry yang tertangguh berkenaan continue study di peringkat sarjana ermm senang cite master laa kan. huhu


iV letter

Alkisahnya, aku tengah tunggu untuk hari berkonvo tak lama mana pun tiga minggu macam tu dan saje belek2 kos yang sesuai untuk sambung master ni kat uitm. Why u choose uitm?? ermm .. sebabnya uitm dihatiku. hihi. Pertama, dah tentu2 nak mendalami ilmu la kan. Kedua, sebenarnya rasa nak meneroka di tempat orang lain pulak sambil2 kita mendalami ilmu ke peringkat yang seterusnya, sebelum ni aku dah terjah negeri bawah bayu kali ni rasa nak sesuaikan diri di semenanjung tapi di luar negeri Johor. Ketiga, uitm banyak pilihan kos berkenaan bidang yang aku pelajari sebelum ini. Keempat, mungkin mencuba nasib dan market.. cehh gitteww. hihikk. 

.

Pokok pangkalnya tak kisah la apa tujuan korang yang penting membawa kebaikan dan perlu fokus dengan apa yang dipilih. Macam aku masa study degree mungkin dan mungkin laa aku banyak main-main dan rasa tiada kepuasan diri dalam menuntut ilmu tu untuk aku buat sesuatu sampai berjaya jadi apa salahnya kita usaha dengan lebih untuk ke peringkat yang seterusnya. Orang kata belajar tinggi-tinggi sehingga negeri Cina. Hanya sekadar perpatah tapi mempunyai makna yang tersirat dan tersurat yang mendalam. Berbalik semula pada entry, masa tu tinggal satu minggu je sebelum tamat tempoh permohonan master ni, tergerak hati nak beli no Pin kat BSN so terus pergi dengan berbekalkan wang dalam lingkungan Rm 50 lebih sen sen camtula. Haa! korang nanti nak mohon master uitm jangan lupa beli No Pin taw:). Seterusnya, buka laman sesawang yang diberi tu dan isi laa maklumat semua tu dengan lengkap sehingga penamatnya, TAPP! setel je permohonan, aku pun berdoa dan bertawakal sambil berkata kalau ada rezeki tu adala inshaallah :)

.

Dalam masa lebih kurang tiga minggu sampai satu sms masuk daripada uitm. Masa tu hati dup dap dup dap apala agaknya isi maklumat sms ni. Direct laman sesawang yang diberi surat uitm berkata aku perlu datang iV..fuhh ni kira satu dugaan dan cabaran bagi aku untuk menjawab segala persoalan dan bermacam2 persoalan dalam fikiran dah masa tuu. Tulaa nak sangatkan mohon kan dah kenaa.. hahah.. apa boleh buat masa tu tanya semua orang2 yang terdekat dan mereka pun berkata pergi je laahh dapat tak dapat belakang citoo..huhu 

.

sooo.. zaaappp! pack2 sampai tarikh kat surat sepertimana yang korang nampak kat atas tu teruss pergi dengan hati bercelaru tapi cuba tenangkan diri bohhh..hihikk..uitm ni yang aku perasan gapp (masa) yang dorang bagi dari tarikh inform melalui sms tu memang tak lama tiba2 rasa dah nak sampai jekk. hmmm. 

.

Hari kejadian :)

Sebelum tu alhadmulila sampai la juga aku dekat uitm shah alam ni. First expression semasa kejadian yang korang perlu tahu atas pengalaman aku laa.. kita sharing is caring oke :), ni kira gambaran untuk korang yang nak pergi iV uitm akan datang dalam masa terdekat la kan:

i) Diberi dua helain kertas, helaian depan maklumat diri serba sikit helaian belakang jawab essay simple tapi jangan risau bukan yang jawab macam soalan spm 350 patah perkataan tuu. hihikk

ii) Masuk iV fully english , jawab je segala persoalan yang ditanya dan jawab dengan tenang              gitteww:) jangan risau bukan english mat salleh sangat tapi tak tawula kalau lain2 fakuti dan kos

iii) Siap! bolehla balik

tu jek awak awak :)

Misal kata kos korang tu ada perlukan segala fail or porfolio tuu.. haa bawak la ye. Masa aku tu memang mesti ada portfolio ni sebab kos art and design tapi disebabkan banyak yang belum sampai ke rumah yang masih terkandas di Sabah soo bawak la apa yang ada dan tawakal:) haha tu je la kerja aku tawakal tak kesudah.. hehe. Dan masa iV tu  ada ramai lec yang akan iV kita dan ramai student iV master ni cuma tak la seramai macam degree dulu ops! aku degree dulu ada iV jugak taw..fuhhh lecekkk.. haha nasib dah habis..hihi. 


Finally:)


Tak ingat berapa haribulan tapi yang pasti dah empat hari baru perasan sms *cogratulation...bla..bla..* hahah..actually jarang sebenarnya pihak U ni reject kita malahan dorang beri peluang tp macam aku ni suam2 suku pun masih rasa gumbira laa jugak walaupun entah apa2 je masa aku iV haritu. Apa apa pun bersyukur tu penting :)

.

Hakikatnya aku sendiri dan korang juga yang mana ada cita-cita nak sambung tuu kena perlu betul2 bersedia sebab semua perkara perlu ditumpukan. FOKUS, TENANG, TELITI, SEMANGAT, HATI , JIWA , FIKIRAN , BADAN, MATA DAN KAKI TANGAN semuanya perlu kental dan berwibawa. Fasa ni kau dikira membawa seribu harapan dan tanggungjawab untuk kejayaan di dunia malahan tak lupa juga akhirat :)




okey tu je nak share:)
till end

xoxo^_-

Monday, January 9, 2017

MAKAN-MAKAN : PART 1

Assalamualaikum..

siapa pernah makan steamboat? eh apa ek tuu. ermm tipula tak tawukan..hihi:)



BUCIDA GARDEN STEAMBOAT
siapa yang pernah sampai sini korang mesti nak pergi lagi. kenapa aku cakap macam tuu sebab aku sendiri dah masuk ketiga kali makanng sini. Apa yang boleh cakap memang awesome, murah dan berbaloi laa. alhamdulila.. hehe:) Semalam bersamaan 08 januari 2017 sajee lepaking dengan bff. Soo suggest kat diyorang makan sini dan sepantas kilat terus setuju. Kebiasaannya tempat ni open jam aku tak pasti tapi yang pasti bermula petang sampai lewat malam.

kenapa aku cakap kat sini murah?
kata orang tak cuba tak tahukan soo korang kenala pergi mencuba dulu baru tahu. bagi aku cukup murah sebab DEWASA RM 22.00 DAN KANAK2 ATAU OKU RM 11.00 tak silap. Dengan rm 22.00 seorang kita boleh makan apa sahaja yang kita nak. Misalnya, seafood, air ada bermacam2 perisa dari sejuk sampai yang panas, abc pusar sendiri, aiskrim, bebola berrmacam2 jenis, sayur2, sos n sambal bermacam2, makanan dah siap masak pun ada dan tersangat banyak sampai rambang mata tak tahu nak makan apa. haha. korang boleh bayangkan kalau makan banyak dan bermacam jenis dengan harga macam tu sangat lah berbaloii. sebab itu berani cakap murah !


meja tiga anak dara makan :)


Sebelum tu nak perkenalkan dengan dua anak orang ni haziqah n atie . Diyorang ni kira bff akula daripada berabad yang lepas. sepertimana yang dijanjikan sebelum aku terjah tempat ni aku book dulu dengan cara direct call owner sebabnya takut meja penuh. jadinya ni la tempat kami dan pertama kali aku dapat duduk meja bahagian dalam selalunya makan meja kat luar jee. Nampak tak situasi meja makan yang penuh, padat dan ramai. Bagi aku sendiri, aku memang suka situasi macamni rasa seronok sebab ramai orang dan terbuka. Kat sini semua self service maksudnya ambil je sesuka hati yang nak dan berapa banyak kuantiti yang korang nak. Realitinya jadila macam meja kami penuh dan tak terkata. haha. sebenarnya masing2 lapaaa.:) Dalam periuk yang kecik tu ada dua jenis kuah, satu tomyam n lagi satu soup dan dua2 boleh mintak tambah lagi. kat sini paling tak rugi sebab pekerja bucida ni sangat rushing kiranya mintak je terus dapat laa camtu.

Bagi sesiapa yang belum sampai sini korang boleh cuba dan bagi sesiapa yang holiday JB ni boleh juga jadikan salah satu tempat makan menarik untuk korang mencuba. Semuanya di tangan anda. kat sini bukan la nak cakap takde steamboat lain yang best lagi tapi ini cuma dari pengalaman aku sendiri yang pernah mencuba dan mungkin juga orang lain ada tempat2 best yang lain. Sharing is caring no problem!

Mana yang tak tahu boleh je terus google maps taip bucida garden bandar seri alam, paappp! terus keluar :)

selamat mencuba


tu je nak share :)
till end ^_-